Wednesday, December 9, 2009

Wednesday, December 2, 2009

MENGENAL DAN MENANGANI ANAK NAKAL


Nakal dikalangan kanak-kanak bukan semuanya negatif. Kanak-kanak yang bersifat pendiam dan tidak nakal bukan juga tanda positif. Kenakalan kanak-kanak dibawah usia 7 tahun adalah tanda cerdik kerana akalnya yang aktif. Kalau nakalnya sekadar terlalu aktif, tidak mahu dudukdiam, suka bermain, banyak bertanya, banyak bercakap, banyak benda yang suka diusik bahkan kalau ada sedikit akibat buruk hanyalah kepada diri sendiri.

Kanak-kanak begini lazimnya akan menjadi hiburan, hanya perlu dikawal agar tidak melampau sehingga bertukar menajadi nakal yang buruk.

Ibu bapa tidak perlu menyekat atau menghalang tetapi salurkanlah kepada berbagai aktiviti kerana ini akan mempercepatlan lagi proses perkembangan akalnya dan mematangkannya lagi. Akhlak yang baik mesti dibiasakan hingga akhirnya menjadi pakaian yang sukar ditanggalkan atau menjadi darah daging yang sudah sebati dengan diri.

Nakal buruk pula termasuklah memusnahkan atau merosakkan diri sendiri dan oprang lain. Ia tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menjadi tabiat yang sukar dibuang. Dalam Islam akhlak mesti dibimbing semenjak awal usia. Nakal jahat atau nakal mesti dihadapi dengan sabar, kasih sayang, lemah lembut, lunak dan mesra agar layanan yang diberikan tadi akan menjadi ikutan kepada kanak-kanak. Cara pendekatan orang dewasa akan mempengaruhi kanak-kanak. Kalau dilakukan dengan kekasaran, tengking, herdik maka perangai itulah yang akan mereka warisi. Pada suatu peringkat lantaran ketakutan mereka akan berpeluang nescaya akan terserlah dan menonjol perangai kasar dan bengisnya. Dari itu ibubapa perlulah bijak dalam menangani masalah ini.

ANAK KU PERMATA HATIKU

Jabatan Kemajuan Masyarakat memperkenalkan Penyediaan 3 & 4 Bengkel Kemahiran Keibubapaan Pra sekolah di bawah tajuk Anak Ku Permata Hati Ku di mana ia mempunyai 5 kekuatan asas:
  • Anakku Nikmatku
  • Anakku Ibadahku
  • Anakku Jihadku
  • Anakku Ujian
Di sini kita memetik huraian bagi kekuatan asas ke lima iaitu Anakku Ujianku dengan dengan punca-punca anak nakal.


OBJEKTIF

  • Menyedari dan memahami peranan dan tanggungjawab ibubapa sebagai pendidik nombor satu satu kepada anak-anak.
  • Memperolehi panduan dan ilmu kemahiran di dalam membentuk anak-anak yang seimbang dan cemerlang di dunia dan akhirat.
  • Pendedahan berkenaan dengan isu-isu semasa berkaitan dengan pembesaran anak-anak.

DI ANTARA PUNCA-PUNCA ANAK NAKAL.

  • Ibu bapa sendiri tidak mempunyai ilmu kemahiran dalam mendidik anak-anak;
Sabda Rasulullah s.a.w daripada Umar r.a katanya:

"Setiap orang daripada kamu adalah bertanggungjawab terhadap orang-orang dibawah jagaannya". (Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

  • Ibubapa kurang memberi pendidikan agama (Fardhu Ain Fiqah, Tauhid, Aqidah, dll)
"Tiap-tiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci bersih maka kedua ibu bapanyalah yang menyebabkan ia menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi"

(Riwayat At Tabrani)

  • Pengaruh daripada persekitaran:
- Rakan-rakan
- Media massa Eletronik dan bercetak. (Internet, televisyen, telefon bimbit, majalah, filem yang tidak bermoral, lambakan CD dipasaran tanpa kawalan.